Menarik juga fakta politikus Malaysia baru….
[Dahsyat betul percaturan PM ke-7]
🔴 Saya menjangkakan PPBM-16 kerusi akan menguasai Dewan Rakyat sekiranya Gabungan Parti Sarawak (PBB-13 kerusi, PRS-3 kerusi,PDP-2 kerusi,SUPP-1 kerusi), Gabungan Parti Sabah (PBS-1 kerusi,STAR-1 kerusi, PBRS-1 kerusi, Ex UMNO-5 kerusi), WARISAN-9 kerusi, BEBAS-2 kerusi bertindak menyokong (malah ada yang akan menyertai PPBM) PM ke 7 sekaligus menjadikan PPBM memperolehi kerusi sebanyak 55 kerusi Dewan Rakyat berbanding PKR-50 kerusi (bakal menyusut), DAP-42 kerusi, PAN-11 kerusi.
🔴 Manakala di blok Pembangkang akan menyaksikan jumlah penyusutan kerusi Dewan Rakyat dengan menjadikan UMNO-43 kerusi, PAS-18 kerusi (kekal), MCA-1 kerusi (kekal) dan MIC-2 Kerusi (1 kerusi masih tergantung).
🔴 Menariknya lagi, jika terdapat Ahli Dewan Rakyat dari PKR yang Pro kepada PM ke-7 paling kurang 2 orang Ahli Dewan Rakyat, cukup untuk menjadikan Anwar Ibrahim (Port Dickson) kekal sebagai “Bakal PM” terlama di Malaysia 🤣.
🥳 Bolehlah diucapkan jutaan Tahniah kepada PM ke-7 kerana berjaya menyekat kemaraan Anwar Ibrahim tajaan RAND Corp. daripada menjawat jawatan Perdana Menteri ke-8.
➕➕ Lebih daripada itu, memandangkan PPBM sudah menguasai kerusi Dewan Rakyat, maka tidak hairanlah kita bakal menyaksikan ;
â™»Rombakan Jemaah Menteri Persekutuan dilakukan dan kita juga bakal menyaksikan Ahli Dewan Rakyat (Cina/India) dari PKR yang Pro PM ke-7 akan dilantik menjadi Menteri/Timbalan Menteri (Pasca Rombakkan),
ðŸŽAhli Dewan Rakyat dari kem PKR Pro Reformasi akan tersingkir daripada rombakkan tersebut,
🤪PAN akan dibuang daripada Blok Kerajaan dan menjadi melukut di tepi gantang,
🔚Kemaraan DAP juga tersekat (bahkan mungkin juga DAP akan kembali ke Blok Pembangkang, tidak mustahil).
🥳 Itulah warna warni drama politik Pasca PRU14 hasil daripada undi pengundi-pengundi yang kurang matang berpolitik.
Nota : Cantik betul plot drama politik di Malaysia.
Anekdot : Maka benarlah doa pendek umur Kerajaan PH termakbul 😅.
# kerajaan sepenggal